18 tahun pengalaman klinikal dengan lebih 20,000 pesakit. Menggabungkan Pembetulan Tulang Belakang (Alignment), Terapi Gelombang Shockwave, Tuina Tradisional Cina, Bekam, dan Guasa untuk pemulihan sakit sendi & saraf tanpa pembedahan.
Pusat Perdagangan Tuanku Haminah
Penyelarasan sendi vertebra (Upper Back / Lower Back) untuk mengurangkan tekanan pada diskus dan membebaskan akar saraf.
Gelombang kejutan bunyi akustik untuk otot & tendon tegang.
Pelepasan toksin angin & ketegangan fascia.
Diiktiraf di bawah Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K / T&CM) Akta 775. Kami mengutamakan rawatan yang selamat, beretika, selesa, dan profesional untuk semua lapisan masyarakat.
Rasa sengal tajam dari pinggang menjalar ke punggung dan kaki. Rawatan alignment membantu mengurangkan tekanan pada saraf.
Sukar bangun dari kerusi atau rukuk solat. Digabungkan dengan terapi shockwave dan tuina untuk melegakan kekejangan ligamen.
Leher kaku akibat posisi telefon bimbit atau kerja komputer. Melegakan sekatan sendi servikal dan sendi bahu.
Lutut berkeriuk ketika naik tangga. Penyelarasan postur tulang pelvis dan rawatan otot paha mengurangkan beban lutut.
Pengaliran darah dan isyarat saraf tersekat. Bekam angin dan elektroterapi membantu melancarkan semula peredaran darah.
Rawatan kecederaan sukan, terseliuh pergelangan tangan atau buku lali (RM60) untuk memulihkan kedudukan ligamen.
Sering berkait dengan otot tengkuk dan leher yang tegang. Pembetulan vertebra leher memberikan kelegaan segera.
Bongkok, ketidakseimbangan bahu dan pinggul. Penilaian fascia menyeluruh membetulkan semula postur semula jadi.
Setiap pesakit dinilai secara teliti bagi menentukan kombinasi terapi yang paling selamat dan berkesan.
Termasuk dlm RM100
Kaedah pembetulan sendi dan tulang belakang menggunakan teknik manual dan alat alignment bagi melegakan sakit pinggang, sakit belakang, dan leher tegang.
18 Tahun Pengalaman
Kepakaran manipulasi tisu lembut, melancarkan saluran meridian darah, memulihkan otot yang terseliuh dan ketegangan kronik.
Teknologi Terkini
Teknologi gelombang akustik berintensiti tinggi untuk otot dan tendon yang tegang di bahagian tumit, siku dan bahu.
RM60 Sesi Tunggal
Kaedah bekam angin, bekam luncur (sliding), dan kilat untuk mengeluarkan angin kotor, melancarkan peredaran darah, dan melegakan otot yang tegang.
RM60 Sesi Tunggal
Teknik mengikis permukaan kulit untuk menguraikan ketegangan fascia, membuang toksin asid laktik, dan melegakan sengal otot.
Pelepasan Sakit Saraf
Rangsangan elektrik frekuensi pertengahan untuk melegakan kesakitan saraf, mengurangkan kekejangan otot, dan merangsang pemulihan tisu.
Harga yang jelas dan berpatutan supaya setiap pesakit di Alor Setar dapat menerima rawatan berkualiti tinggi.
Pengeluaran angin kotor, melancarkan darah dan mengurangkan sengal.
Mengikis permukaan fascia untuk pelepasan asid laktik otot yang tegang.
Rawatan khusus pergelangan tangan, kaki, buku lali terseliuh & jari.
Termasuk pembetulan tulang belakang (upper atau lower back) & terapi sokongan (Shockwave/Elektro/Guasa mengikut keperluan pesakit).
Berdasarkan lebih 103+ ulasan pesakit sebenar di Google Maps
Demonstrasi teknik penyelarasan tulang belakang dan pelepasan tekanan saraf pinggang secara langsung di pusat rawatan.
Teknik rawatan pantas melegakan leher kaku, sengal bahu dan sakit kepala berpunca daripada saraf servikal.
Penyelarasan struktur pelvis untuk membetulkan ketidakseimbangan ketinggian kaki dan mengurangkan beban pada sendi lutut.
Yap Therapy beralamat di No. 64, Jalan Tuanku Haminah 2, Pusat Perdagangan Tuanku Haminah, 05150 Alor Setar, Kedah. Kedudukan kami bersebelahan Thai Mai Wei BBQ dan sebaris dengan UK Cane Curry Mee, berhampiran Taman Rakyat Alor Setar.
Kos rawatan adalah telus tanpa paksaan membeli pakej. Rawatan komprehensif tulang belakang (termasuk alignment, tuina, dan terapi sokongan) adalah RM100 setiap sesi. Rawatan bahagian kecil seperti terseliuh buku lali atau pergelangan tangan adalah RM60 setiap sesi.
Bagi kes peringkat awal, biasanya memerlukan 1 hingga 3 kali rawatan. Bagi kes kesakitan kronik yang melebihi 1 tahun, memerlukan lebih daripada 3 kali rawatan untuk pemulihan yang optimum. Setiap sesi mengambil masa antara 20 hingga 50 minit.
Ya. Perawat kami diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Pengamal Berdaftar Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) dengan No. Perakuan Pengamalan: PTC-PPPB2025/26060 dan pendaftaran perniagaan 003213055-P. Kami mempunyai 18 tahun pengalaman dan lebih 20,000 rekod klinikal.
Kami beroperasi secara TEMUJANJI SAHAJA (Appointment Only) untuk mengelakkan masa menunggu yang lama. Pesakit diminta tiba 5 minit lebih awal. Kelewatan melebihi 15 minit daripada masa yang dipersetujui tidak akan dilayan bagi menghormati slot pesakit seterusnya.
Pusat rawatan kami berpusat di Pusat Perdagangan Tuanku Haminah, Alor Setar (bersebelahan Thai Mai Wei BBQ). Kami menjadi tumpuan pesakit dari seluruh pelusuk daerah Kedah dan Perlis yang mencari rawatan penjagaan tulang belakang dan saraf yang beretika, berdaftar KKM, dan telus.
Klik mana-mana masalah di bawah untuk terus WhatsApp Yap Sifu bagi menyemak kesesuaian rawatan anda:
Bagi pesakit luar daerah seperti Jitra atau Pendang, disarankan menempah slot temujanji lebih awal bagi mengelakkan pertindihan jadual.
Hubungi talian hotline / WhatsApp rasmi kami untuk semakan jadual dan konsultasi ringkas.